KENANGA RESIDENTIAL COLLEGE

Majlis Perasmian Jejantas Pertama Di Kota Samarahan 2016

UNIMAS,Kota Samarahan 1 Oktober. –Majlis Perasmian Jejantas pertama di Kota Samarahan dan pertama di Sarawak yang menggabungkan pejalan kaki dan pengguna motosikal dan basikal untuk satu jejantas bertempat di pakir Kolej Kenanga UNIMAS Kota Samarahan hari ini.
Majlis ini telah dirasmikan bersama oleh YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jumut Anak Masing, Timb Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak dan YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia. Jejantas ini dikenali sebagai Jambatan Ilmu sempena Kota Samarahan yang dikenali sebagai Bandar Ilmu dan Universiti Malaysia Sarawak yang juga dikenali sebagai Gedung Ilmu menerusi ucapan Yang Berhormat .
Kos untuk projek pembinaan jejantas ini menelan belanja RM 4.5 juta. Pembinaan jejantas ini merupakan tanda masuknya ke kawasan Kota Samarahan dan juga ikon Bahagian Samarahan.